Wednesday, May 5, 2010

persediaan sebelum memberikan ucapan

Gemuruh ketika berucap
Perasaan gemuruh seringkali berlaku terutamanya apabila berucap di khalayak ramai. Kurang persediaan yang cukup menjadikan anda berasa gementar dan kurang keyakinan untuk berucap secara spontan. Antara langkah-langkah yang perlu diambil adalah dengan:-
Pastikan anda membuat persediaan yang cukup sebelum memulakan ucapan. Segala maklumat yang hendak dibentangkan haruslah difahami dan disusun terlebih dahulu supaya penonton yang mendengar pembentangan tersebut dapat menerima dan difahami dengan jelas.
Mulakan doa dan tenangkan dada serta lapangkan fikiran anda untuk mengelakkan daripada perasaan gemuruh.
Seterusnya jika pembentangan itu adalah tajuk umum, anda boleh masukkan tajuk daripada pengalaman anda. Contohnya pembentangan tersebut adalah mengenai perniagaan dan anda pernah melakukan perniagaan sebelum ini, maka anda boleh masukkan pengalaman tersebut dalam ucapan anda. Ini kerana sesetengah penonton lebih suka mendengar cerita yang pernah berlaku daripada maklumat-maklumat daripada buku dan sebagainya. Ini secara tidak langsung akan menarik perhatian penonton untuk mendengar dan memberikan keyakinan kepada untuk berucap dengan lebih baik dan spontan.
Lepaskan tekanan tersebut dengan menarik dan menghembuskan nafas secara perlahan-lahan sebelum berucap. Mulakan dengan menarik dan menghembuskan nafas pertama selama 4 saat. Kemudian lakukan peringkat seterusnya selama 6 saat dan 8 saat. Lakukan berulang-ulangkali supaya dapat mengurangkan perasaan gemuruh apabila berucap.
Pastikan anda minum minuman yang yang cukup seperti air masak sebelum berucap. Ini untuk mengelakkan daripada perasaan gemuruh berlaku dan oksigen dalam badan membantu memberikan stamina yang cukup ketika berucap.
Anda perlu menguasai dan mengawal dewan atau tempat ucapan tersebut. Anggapkan dimana tempat yang anda memberikan ucapan adalah tempat yang kecil dan sunyi walaupun disaksikan oleh ratusan penonton. Anggapkan juga dimana anda memberi ucapan kepada penonton yang baru pertama kali mendengar cerita tersebut. Kerana itu cerita yang hendak dibentangkan adalah unik dan boleh memberikan manfaat kepada penonton. Contohnya tajuk yang dipilih adalah menjanakan pendapatan melalui internet. Maka dengan ini penonton yang mendengar tajuk tersebut akan bersungguh-sungguh untuk mendengar cerita anda kerana mereka tidak pernah mendengar maklumat tersebut dan boleh memberikan manfaat kepada mereka.

No comments:

Post a Comment